BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

$edek@h i2 1 PahaLa

Panassss....Panassss

Wednesday, February 23, 2011

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA.

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.



5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


 6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Saturday, February 19, 2011

~BILA AKU DAH SAYANG~



Bila Aku Dah Sayang,
Selamanya Aku Ingin Menyayangi.
Bila Aku Dah Sayang,
Segalanya Ingin Aku Kongsikan.

Suka.




Duka.




Pahit.



Manis.



Tangis.



Tawa.



Gurau.



Senda..



Semuanya Aku Ingin
Bersama Dengan Insan Yang Aku Sayang..

Bila Aku Dah Sayang,
Aku Ingin Ungkapkan Saban Hari,
Setiap Detik,
Setiap Waktu
Bahwa Aku Benar-Benar Sayang..
Kuluahkan Kerana
Aku Benar-Benar Maksudkannya.



Perasaan..
Aku Tak Bisa Mendustai..
Aku Hanya Mengungkapkan Kebenaran
Bahawa Aku Hanya Ingin Menyayangi.
Menyayangi Apa Adanya Dia,
Bukan Dia Yang Dulu Mahupun Akan Datang..
Dia Yang Ada Kini..

Kepada Dia,
Izinkan Aku Menyayangimu..


::MOHD NAZERIN::

Thursday, February 17, 2011

~tanam-tanam pokok~

 salam sume..
dah lama rsenye ccm tak update blog nie..
asyik ccp je kan..ngee~
soe sgt2 coz busy ngn banyak keje yg kene wat..
midterm la..projek tue,projek nie..
lau korg nak tawu..ccm bru jer pas balik dr wat
"PROJEK BUMI HIJAU"




kitrg wat kat skul keb bandar sri putra bersm2 budak pra sekolah..
kitrg bersma-sm  jabatan pertanian bekerjsama untuk ajar budak-budak
kecik nie menanam sayur-sayuran kat blakang blok pra sekolah tue.
wlupun penat melayan kerenah bebudak nie..tp agak senang atie la coz projek
 kitrg dh nak siap...ngee~


tp serius letey coz kitrg kene gali lubang untuk tanam pkok herba yg jabatan pertanian sponser.. waktu tgah ari lak 2 mencangkul..fuhhh!!..badan skrg nie pon rase saket2 jer...
tp papepown dah bes..tgu wat report jer..

ALHAMDULILLAH coz sume berjalan ngan lancar.. tengs sume
wat my luvly group..nie ade gamba2 yg sempat ccm upload~

::nie kitrg ngah wat preparation nak wat projek tue::

::nie gamba bersma org2 dr jabatan pertanian::

pokok-pokok herba yg kitrg dapat sponser dr jabatan pertanian

:brg-brg yg kitrg dpt sponser gak dr jabatan pertanian:




aku yg tgh menebuk lubang utk tanam anak benih


nie gamba 1st yg kitrg amek masa sampe kat skul pg td

~keje aku~

tengs farah coz join program kitrg 

::kak rehan ngan we ngah gaul sume tanah::

::nie antara group yg kitrg dah bhgikan tuk tanam pkok::

::aku ngah bg demo cara gaul tanah kat bebudak tue::


::diorg lak keje isikan tanah lam tray tuk tanam biji benih::






::haa....nie diorg dah siap tanam..tgu jela hidup ke tak nt..ngee::








oke stakat e2 jela kali nie~
daa.. sume..salam..

Saturday, February 12, 2011

HOSNI OH MUBARAK!!

Assalamualaikum....Teman tampil lg dgn isu yg hangat diperkatakan...

Husni Mubarak berundur!!

Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.
Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.

 Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. 

Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.


Menurut BBC, Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh.Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama' al-Islamiyya (Islamic Group) dan Jihad Islam Mesir. Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama' al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.

Tersebar berita anak lelakinya Alaa terlibat dalam syarikat-syarikat yang mendapat tender-tender kerajaan dan penswastaan. Terdapat ungkapan di kalangan rakyat bahawa "Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah". Pada 2008, Tranferensi International (TI) menyaksikan indek rasuah Mesir pada mata CPI 2.8.Mesir ditempat ke-115 daripada 180 negara yang tinggi rasuah.

Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah lori bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .

  Berikut merupakan video Anti-Hosni :


PEMAIN TERBAIK MANCHESTER UNITED~GIGGS THE LEGEND~


Assalamualaikum w.b.t

Malam nie agk kebuhsanan, so teman rs mcm nak mengupdate blog..Kali ni nak share ckit pasal footbal player coz skang nie bola sepak tanah air kite pn dh semakin meningkat....

Bagi kebanyakan org, pele dan maradona merupakan pemain terbaik dunia yg pernah dilahirkan suatu ketika dulu..tp bg wes brown sendiri, gelaran itu layak dipgg oleh lagenda m.u sendiri iaitu ryan gigs.

"Tentu saja, Anda akan mengatakan Maradona dan Pele sebagai pemain kelas dunia tapi bagi saya adalah Giggs. Secara umum permainan dan prestasi Giggs sangat luar biasa." Ulas Wes Brown.




Sedar atau tidak, Giggs telah tampil dalam arena bola sepak selama lbh 2 dekad. Pemain yg bergelar ‘Penyihir Wales’ ini telah memcahkan berbagai rekod dan mempersembahkan 11 juara liga, 4 FA Cup, dan 2 trofi Champions League
Baru2 ini Giggs telah dipilih menjadi pemain terbaik M.U selepas Eric Cantona. Hasil ini berdasarkan pilihan para fans MU  di seluruh dunia  yang dilakukan majalah resmi United, Inside United, dan laman ManUtd.com.
Mengetahui dirinya menjadi yang terbaik, Giggs mengaku sangat terkejut dan  mengalahkan legenda-legenda United seperti Eric Cantona, Peter Schmeichel, George Best, dan Sir Bobby Charlton.
"Ni sume bergantung pada pendapat masing2  dan semua orang pasti mempunyai sudut pandang yang berbeza, tetapi ketika saya diberitahu saya tidak mempercayai berita tersebut kalau saya boleh jujur, terutama karena banyak pemain hebat yang bermain disini. Tugas saya juga belum selesai, saya merasa antara yg menyerlah dan saya harap dapat melanjutkan lebih lama lagi di MU," ujar Giggs seperti dilansir Goal.com Inggris, Selasa (1/2/2011).

Berikut Sepuluh besar pemain terbaik Manchester United sepanjang masa:
1. Ryan Giggs
2. Eric Cantona
3. George Best
4.Sir Bobby Charlton
5.Cristiano Ronaldo
6. Paul Scholes
7. David Beckham
8. Roy Keane

Tuesday, February 8, 2011

Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam



Salam 1 Malaysia...



Apa kabar? semoga sihat sejahtera di samping keluarga dan insanetersayang. Hari ni teman nak share ckit kat blogger2 kat luar 2 psl pemakanan lak..Mesti korg nk th kan diet ap yg sesuai sebnrnya utk kekalkan keshtan. Antara tip yang ingin dikongsikan pada kali ini adalah ;-


"Rahsia pemakanan ilmuwan Islam"



1. Madu 


Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.





2. Kismis 

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3. Susu segar


Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan

ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga
unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.




4. Telur 


Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan

menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia
adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.






5. Halia

Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh

dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan
Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.





6. Buah Delima


Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi

Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,
sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


Semoga tip kesihatan ini sedikit sebanyak membantu anda. :)...Amal-amalkan...dan selamat beramal..Assalamualaikum....

Friday, January 28, 2011

~10 Kereta Termahal Abad Ini~

Assalamualaikum w.b.t…

Salam Jumaat, Salam 1 Malaysia..

CCP juz blk dari kelas pagi, so balik2 je trus online kan..
Hari ni juz nak share ckit pasal kereta idaman mamat2 kaya kat luar 2..Mesti korg tertnya2 kan kereta ap yg plg mahal n power atas muka bumi nie..? 

Kalau korang nk taw, 1931 Bugatti Royale Kellner Coupe adalah kereta yg paling mahal pernah dijual pada thn 1987 dgn harga $8,700,000. Pergh, agak2 owner yg beli kete nie toke yap la erk? Mmg dahsyat…dasattt.~

So,ni la antara kete yg paling mahal abad ni ....


10.   SSC Ultimate Aero: $740,000


Model Baru dengan kelajuan 270 mph, Spiller diperbuat dari karbon, sensor suhu dan tekanan pada body kereta ini adalah untuk mengoptimumkan keadaan semasa memandu. Memang top la…


9.   Leblanc Mirabeau: $765,000
Direka dengan 24 uji ketahanan Le Mans. Enjin V8 4,7-liter, 700 hp, dan boleh mencapai kelajuan rata-rata 230 batu / jam. Khusus dibuat untuk menempah, termasuk bagi versi sistem penghantaran bunga secara automatik. Nk hntar bunga je pown, bkn nk bw pi race..huhu



8.    Koenigsegg CCX: $1.1 Millions
Kereta ini menggunakan enjin V8 dan hanya dihasilkan 806 unit. Hanya memerlukan masa 3,2 saat untuk mencapai 100 km / jam. Top speed boleh dicapai dengan mudah adalah 245 mph…Design body mmg smart, sesuai utk bdk2 muda yg mahu kelihatan sporty…

7.   Koenigsegg CCXR : $1.3 Millions
Koenigsegg CCXR merupakan kereta mesra alam. kereta menggunakan biofuel ini, perlu hanaya 3.1saat untuk mencapai 100km/hours, dengan kelajuan 250mph..blh kate laju jg la...

6.   Maybach Landaulet: $1.4 Millions
Kereta ini adalah yang paling mahal jenama kereta dari Jerman. Landaulet adalah sedan yang paling mahal. Mobil ini mempunyai 604 HP, dengan kelajuan maksimum 155 batu / jam, dan menggunakan 12 mesin twin turbo.


5.   Lamborghini Reventón: $1.42 Millions

Belum jelas apakah ini versi lama Reventon. Hanya 20 unit yang telah dihasilkan, kereta ini dibuat menggunakan pelek aluminium hitam, seperti versi terbaru dari roadster. Dari jauh memang nmpak garang, seolah2 dtg utk membaham…auuumm~~
4. Lamborghini Reventón Roadster: $1.56 Millions
Desain mobil ini terinspirasi oleh skrin pesawat Stealth. Mobil ini menggunakan Mesin V12 650 HP. Dapat mencapai kelajuan tertinggi kereta 340kms/jam. Body agak berat kerana tubuh dibuat menggunakan bahan serat karbon.

3.   Pagani Zonda Cinque Roadster: $1.8 Millions
Hanya ada 5 unit yang sedia, dan mula dijual. Chassis diperbuat dari titanium karbon. Powered by 678 HP Mercedes AMG V12, hanya 3.4saat untuk mencapai 100 km / jam. Dapat mencapai kelajuan tertinggi 217 mph. Body carbon dan suspensi menggunakan titanium dan magnesium. Mmg style gile…

2.   Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport $2 Millions / $1.67 Millions for coupe version
The Bugatti veyron 16,4 Grand Sport 1001 menggunakan hp, mesin 16-silinder, dan telah dibangunkan sehingga tidak akan ada konsep dalam. Kelajuan boleh mencapai 217mph sehingga tahap tertinggi. Sifat cermin dengan 2,7 inci LCD. Mobil ini adalah roadster terpantas di dunia.. Mmg sape2 yg agak nk lumba 2 mmg ptt sediakan duit awal2…
1.   Koenigsegg Trevita: $2.21 Millions

Kereta ni hanya ada 3 unit sahaja atas muka bumi ni, n salah seorang pemiliknya adalah SULTAN BRUNEI..mmg dahsyat asset SULTAN BRUNEI ni sebenarnye . Koenigsegg Trevita direka berdasarkan Koenigsegg CCXR dan ditambah dengan serat karbon baru berlian berkilauan, bernama “Trevita” dalam bahasa Sweden bermaksud “tiga kulit putih”.

Tiga  mobil ini yang dilengkapi dengan bodywork Koenigsegg Diamond berkilauan Weave, dengan menggunakan sayap karbon ganda, dayung-shift, inconell sistem pembuangan, rem keramik karbon dengan ABS, sistem hidraulik mengangkat, sistem infotainment, sistem pemantauan ban, Chrono instrumen cluster dan khusus airbags. Sistem navigasi juga dikembangkan khusus hanya untuk model ini.


P/S : So, agak2 nk jd owner kete-kete nie sume, belajar la pandai2, blh jadi perdana menteri akan dtg..xpun jd mcm Dr.Rozmey..oopppss,terlebeh sudahh..;)